MANJUNG MERDEKA FESTIVAL 2.0
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 pada 30 Ogos 2024 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi!
Terima kasih kepada YDh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shahrudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM serta Tuan Haji Mohd Rafiq dan semua VVIP yang telah memeriahkan acara tersebut.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta, rakan strategik, pelajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Malam tadi dipenuhi dengan semangat patriotik, diiringi pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi Merdeka Pemuda Lumut, larian Merdeka Fun Run dan persembahan kebudayaan yang memukau.
Acara kemuncak adalah countdown Merdeka yang diikuti dengan percikan bunga api, menandakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67! Kita berjaya menyatukan komuniti dalam semangat kemerdekaan yang membara. Semoga semangat ini terus hidup dalam diri kita semua.