MAJLIS SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN FASA 2C ERATKAN PERPADUAN KOMUNITI

MAJLIS SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN FASA 2C ERATKAN PERPADUAN KOMUNITI

28 April 2024 (Ahad) – Berkat persefahaman dan permuafakatan jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Fasa 2 C, Seri Manjung telah berjaya menganjurkan program sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2024 komuniti di kawasan padang awam taman tersebut.

YBhg. Dato’ Azri Jaafar, Setiausaha Sulit Menteri Pendidikan Tinggi, Tuan Haji Rosli Abd. Rahman, YB ADUN Pasir Panjang turut hadir memeriahkan majlis sambutan tersebut bersama komuniti taman yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Omar, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Fasa 2C.

Sambutan pada kali ini agak meriah dan menarik kerana kehadiran komuniti setempat yang agak ramai dan kehadiran ahli-ahli persatuan veteran tentera (PVTM) Pasir Panjang yang turut hadir dengan mengambil peluang berjumpa sahabat handai yang telah lama terpisah.

Inilah masa terbaik untuk mengeratkan hubungan ukhwah dikalangan warga komuniti sambil menikmati juadah yang disediakan. Turut memeriahkan majlis adalah pemberian duit raya kepada tetamu kanak-kanak dan pemberian berupa “hamper” kepada kanak-kanak yang berpakaian lengkap untuk berhari raya.

Ianya secara langsung menggambarkan keakraban dan kerjasama dalam mengeratkan silaturahim sesama kita dalam usaha mencapai hasrat menjadikan perbandaran Manjung yang sejahtera.