MAJLIS SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

6 APRIL 2023 (KHAMIS) – Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini meriah dengan Majlis Sambutan Hari Penguatkuasa Peringkat MPM Tahun 2023 pada jam 8.00 pagi.

Acara dimulakan dengan ceramah ‘Amanah dan Tanggungjawab Yang Dituntut Dalam Menjalankan Tugas Sebagai Penguatkuasa dan Penjawat Awam’ oleh Mejar Abdul Rahim Awang Teh.

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM dan turut dihadiri Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran dan barisan Pengarah Kanan, Pengarah-pengarah Jabatan dan Unit MPM.

Semasa majlis ini, Yang Dipertua telah menyempurnakan pemakaian pingat kepada anggota penguatkuasa lantikan tetap dan kenaikan pangkat.

Hari Penguatkuasa MPM disambut pada 31 Mac setiap tahun dan hari ini merupakan kali kedua MPM menyambutnya. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan anggota-anggota penguatkuasa serta mengukuhkan identiti dan 𝑒𝑠𝑝𝑟𝑖𝑡 𝑑𝑒 𝑐𝑜𝑟𝑝𝑠 (semangat berpasukan) dalam kalangan anggota.

Justeru, MPM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa kepada semua anggota penguatkuasa MPM. Terima kasih di atas segala jasa dan komitmen anda dalam memastikan perkhidmatan MPM sentiasa memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.