MAJLIS PRA-PELANCARAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024

Pada 14 hingga 16 Julai 2023 berlangsungnya Majlis Perasmian Majlis Prapelancaran Tahun Melawat Perak 2024 oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang bertempat di NU Sentral Kuala Lumpur

Majlis yang begitu meriah ini turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee,Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pelancongan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.

Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri Perak.

Tuan Khairul Firdaus bin Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia.

Datuk Mohd Zamri Bin Mat Zain,

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan)

Kementrian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai MPM tidak ketinggalan untuk turut serta bagi mempromosikan Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi percutian yang ditawarkan bagi Tahun Melawat Perak 2024. Terkenal dengan keindahan pantai dan aktiviti sukan air yang menarik. Pulau Pangkor pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apatah lagi sebagai Pulau Bebas Cukai, Pulau Pangkor tidak ketinggalan untuk menyajikan pelbagai barangan yang menarik untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.

Pelbagai program & aktiviti diadakan sepanjang 3 hari ini antaranya;

Majlis Pelancaran Logo Tahun Melawat Perak 2024

Pameran Produk negeri Perak

Persembahan Kebudayaan

Jualan Makanan

Jualan Kraftangan

Jualan Pakej & Produk Pelancongan

Gameshow & Kuiz Pelancongan

Sharing Session

MAJLIS PRA-PELANCARAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024
MAJLIS PRA-PELANCARAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024
MAJLIS PRA-PELANCARAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024