
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
7 OGOS 2023 (ISNIN) – Majlis Perhimpunan Korporat Bil.3/2023 telah diadakan bertempat di Dewan Merdeka, MPM.
Dalam Majlis Perhimpunan kali ini, Yang Dipertua telah menegaskan bahawa di MPM tidak ada istilah “SAYA” sebaliknya hanya wujud nilai “KEKITAAN” yang bererti tanpa mengira pangkat dan kedudukan, kerjasama dalam satu pasukan adalah asas kepada kejayaan yang ingin dicapai.
Selain itu, Yang Dipertua telah menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik, JabatanTerbaik dan Pejabat CawanganTerbaik bagi bulan April hingga Jun 2023. Turut diadakan penyampaian bagi Pertandingan Ping Pong Tertutup Program Skuad Antidadah Daerah Manjung Siri 2/2023, Kejohanan Futsal (Lelaki) MAKSAK Malaysia 2023 dan Kejohanan MAKSAK Games 2023 Ping Pong. Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Tahun 2023-2025 bagi Tandas Awam Esplanade Lumut, pemberian Sijil Pencapaian Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam serta sumbangan kebajikan dari Kelab Sukan dan Kebajikan MPM.
Yang Dipertua juga berkesempatan menyampaikan Sijil Program Jelajah Tapak Warisan Cabaran Kinabalu 4095M kepada 14 wira dan wirawati yang telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 10 Julai lalu.
Buat semua penerima anugerah, MPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan berharap dengan anugerah ini akan dapat memberi galakan dan meningkatkan lagi prestasi kerja pada masa yang akan datang.




