Majlis Perbandaran Manjung (MPM) meneruskan pemantauan di pasar-pasar awam pagi ini bagi memastikan arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi oleh para peniaga dan pengunjung pasar awam. Taklimat berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan juga telah disampaikan oleh MPM sebagai peringatan kepada peniaga dan pengunjung.

Pengunjung dan para peniaga memberi kerjasama penuh ketika saringan suhu badan dijalankan dan mengikuti arahan untuk mengekalkan jarak sosial serta mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan ketika membuat pembelian.

Namun begitu, masih terdapat segelintir peniaga yang ingkar arahan dengan melakukan penjualan sayur-sayuran di hadapan kawasan rumah. Aktiviti penjualan seperti ini adalah dilarang sama sekali kerana ini akan menyukarkan proses pemantauan ke atas peniaga dan pembeli.

Pengunjung dan para peniaga diminta untuk mematuhi arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan diri dan wabak Covid-19 dapat dihentikan. Kerjasama anda amat kami hargai.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome