Majlis Perbandaran Manjung dinobatkan Majlis Perbandaran Terbaik Tahun 2022
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Alhamdulilah MPM telah dinobatkan sebagai PBT terbaik kategori Majlis Perbandaran di Anugerah Sistem Penarafan Bintang- Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 bertempat di Ipoh Convention Centre.
Kemenangan dan tuah berganda untuk Manjung bagi dua hari berturut- turut di Ipoh. Pencapaian dan kecemerlangan ini tidak akan hadir tanpa usaha gigih dan jerih perih semua pihak. Tahniah buat warga Majlis Perbandaran Manjung dan penduduk daerah Manjung yang sentiasa menjadi tulang belakang bagi kecemerlangan ini.
Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Perak di atas sokongan terhadap Majlis Perbandaran Manjung.
Semoga daerah Manjung terus makmur dan menempa lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Tahniah!