Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung merasmikan Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT 2022/2023.
Bertempat di Dewan Besar Mohd Anwar, Institut Kemahiran Mara Lumut, telah berlangsungnya Majlis Penyampai Sijil PERHEBAT ( Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) 2022/2023. Tuan Yang Dipertua MPM dijemput merasmikan dan menyempurnakan majlis penyampaian sijil tersebut yang turut dihadiri oleh Panglima Markas Pengkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Noor Zukhi Bin Hj Harun dan Timbalan Ketua Pengarah PERHEBAT, Kapten (B) Mohd Radzi Bin Mohd Ali.
Majlis penyampaian sijil tersebut melibatkan seramai 116 peserta pelatih yang terdiri daripada bekas angkatan tentera yang telah selesai menjalani kursus selama 6 bulan di dalam pelbagai bidang kemahiran bagi persiapan menjalani kehidupan selepas persaraan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus yang dianjurkan PERHEBAT dan selamat maju jaya.
MPM turut mengucapkan penghargaan kepada pihak PERHEBAT atas jemputan perasmian ini dan diharapkan agar kerjasama diantara kedua-dua organisasi dapat diteruskan di masa akan datang.