LUMUT, 3 Ogos 2024 (Sabtu) – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2024 di Dataran Putra Bandar Lumut.
Yang Berhormat Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak telah merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2024 yang berlangsung meriah di Dataran Putra, Lumut.
Majlis pelancaran turut dihadiri Yang Berhormat Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama YDH. Toh Seri Bijaya, Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YBrs. Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung, YBrs. Tuan Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, YB Azman bin Noh, ADUN Pengkalan Baharu, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia,Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Perak, Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak, Ketua- Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Perak dan Daerah Manjung, Ahli- Ahli Majlis MPM, Pengarah Kanan dan Pengarah Jabatan di MPM, serta ribuan pengunjung yang bersama memeriahkan sambutan di peringkat negeri Perak ini.
Sambutan Majlis Pelancaran ini dimulakan seawal 8.30 pagi dengan pelepasan acara 6700 Langkah Kemerdekaan melibatkan peserta- peserta daripada anggota TLDM dan institusi pengajian tinggi serta orang awam oleh YBrs. Tuan Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sekitar pukul 12.00 tengah hari oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak.
Sepanjang Majlis Pelancaran juga turut berlangsung pameran- pameran,ruang jualan Rahmah dan kaunter bergerak melibatkan Agensi- Agensi Kerajaan dan pihak swasta serta persembahan kawad kaki daripada anggota TLDM.