MAJLIS IKRAR AKU JANJI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI LANTIKAN BAHARU MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Majlis Ikrar Aku Janji Perkhidmatan Awam Pegawai Lantikan Baharu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung pada hari ini, jam 10.00 pagi di Dewan Anjung Perdana, MPM.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis dan barisan Pengarah, Ketua Jabatan dan Unit MPM.
Semasa program ini, Yang Dipertua telah menyampaikan surat lantikan kepada 42 pegawai dan anggota yang ditempatkan di pelbagai jabatan dan unit di MPM. Selain itu, sesi Ikrar Aku Janji yang diketuai oleh Encik Mohamad Amirullah Mohd Mokhtar, Akauntan, Jabatan Perbendaharaan MPM turut diadakan.
Semasa majlis ini juga, Yang Dipertua menyampaikan surat kenaikan pangkat Gred 44 (Pemangkuan) kepada 4 pegawai gred 41.
Yang Dipertua bagi pihak pengurusan dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan pegawai dan anggota lantikan baharu ke MPM dan berharap dengan pelantikan ini akan menyumbang kepada kejayaan MPM pada masa akan datang serta bersama-sama meningkatkan kualiti tadbir urus MPM dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti daerah Manjung.