MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS SESI 2023/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒

19 APRIL 2023 (RABU) – Majlis Angkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung pada jam 8.30 pagi di Dewan Kaunselor, MPM.

Angkat sumpah ini melibatkan 2 Ahli Majlis lantikan semula iaitu Laksamana Noor Zukhi Haji Harun mewakili Zon 3 (Keseluruhan TLDM) dan Encik Perumalsamy Muniandy mewakili Zon 8 (Seri Manjung) serta seorang Ahli Majlis lantikan baharu iaitu Encik Manugaran Perumal mewakili Zon 6 (Seri Manjung).

Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan semoga Ahli-ahli Majlis dapat menggalas dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi bersama keluarga MPM.