LUMUT DESTINASI MENARIK

LUMUT DESTINASI MENARIK

Lumut sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bercuti. Tambahan pula, ia merupakan ‘pintu masuk’ utama bagi pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor. Di sini, pelancong boleh mendapatkan pelbagai hasil laut dan menikmati taman-taman awam yang ideal untuk aktiviti riadah.

Untuk meningkatkan keceriaan dan keindahan taman-taman awam di Lumut, anggota Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung telah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pencucian laluan pejalan kaki dan perabot taman di Dataran Lumut, Lumut Waterfront, Taman Esplanade, dan Marina Wing. Selepas ini, proses mengecat akan dilakukan untuk menambahkan suasana ceria di kawasan-kawasan tersebut.

MPM juga menyediakan Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat (MTLKB) Lumut bagi pengguna yang ingin ke Pulau Pangkor.MTLKB berbumbung ini mempunyai 4 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 900 kenderaan serta dilengkapi dengan kawalan CCTV dan keselamatan bersenjata 24 jam. Kadar 𝐜𝐚𝐣 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟓 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟐𝟒 𝐣𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟏 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝟐 𝐣𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐣𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚.

Kemudahan-kemudahan seperti tandas, lif serta kemudahan mesra OKU dan lokasinya yang amat strategik di Bandar Lumut berhampiran dengan keperluan pengunjung seperti Jeti Lumut, masjid, kedai-kedai makan, kedai hasil laut/cenderamata serta bank dan hotel. Anda juga dapat merasai pelbagai pengalaman menarik di Bandar Lumut yang pasti akan menjadi kenangan yang bermakna dalam hidup anda.

“Jom cuti sekolah di Lumut! Nikmati keindahan pantai, suasana santai, dan pelbagai aktiviti menarik. Cipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan di destinasi percutian yang sempurna ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keajaiban Lumut dan Pulau Pangkor

‘TAHUN MELAWAT PERAK 2024’

‘PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI’

LUMUT DESTINASI MENARIK
LUMUT DESTINASI MENARIK
LUMUT DESTINASI MENARIK