LAWATAN TAPAK BERSAMA YB PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK

27 Mei 2024(Isnin) – Lawatan Tapak Bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak ke Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu, Segari dan Tapak Projek BioCNG Manjung.

YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, hari ini telah membuat lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu, Segari dan juga Tapak Projek BioCNG Manjung bersama YBrs. Puan Mufidah binti Mahfodz, Timbalan Pengarah Kanan (Kerajaan Tempatan) Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) serta Yang Dipertua – Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak dan juga Ketua – Ketua Jabatan/Agensi Negeri Perak berkaitan pengurusan sisa pepejal. Taklimat semasa lawatan disampaikan oleh Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung.

Sejurus selesai lawatan, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching bersama delegasi lawatan telah berkunjung pula ke Majlis Perbandaran Manjung bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Perak Bil 1/2024 dan mendengar pembentangan berkenaan Program Pemulihan Sisa 3R oleh Syarikat SD Bina Sdn Bhd dan pembentangan Projek AZPG, Membangun dan Membina Loji Pemprosesan Sisa Buangan Pepejal dan Sisa Ladang Ternakan Haiwan Di Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu, Segari – Projek BioCNG Manjung.