22 DISEMBER 2022 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan berbesar hati menerima kunjungan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada jam 10.00 pagi ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan berkongsi maklumat berkaitan aspek pengurusan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh MPM. Encik Muhammad Suhaimi Rosli, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran berserta 27 warga kerja MPS telah diberi taklimat berkaitan perkhidmatan perbandaran dan kesihatan terutamanya melibatkan program pembersihan awam dan kawalan lipas, lalat dan tikus (LILATI) yang dilaksanakan oleh MPM dalam usaha memastikan kawasan perbandaran Manjung sentiasa bersih dan indah.
Justeru, MPM merakamkan ucapan terima kasih kepada MPS atas kunjungan ini. Diharapkan agar lawatan ini akan memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan di antara kedua-dua PBT dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi pada masa akan datang.