3 JUN 2022 (JUMAAT) – Majlis Perbandaran Kulai (MPK) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Kaunselor, MPM.
Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Syahrizat Alwee, Setiausaha MPK dan Encik Hisyamudin Amat, Setiausaha MPPn.
Objektif lawatan ialah untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan pendedahan berkaitan penggunaan Lesen Premis Digital myPATIL yang digunakan oleh MPM.
Sehubungan dengan itu, MPM turut berharap agar lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara ketiga-tiga pihak.