LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan berbesar hati dan sukacitanya menerima kunjungan dari rakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) utara Malaysia iaitu Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada jam 9.00 pagi ini.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Raziff Yaacob, Setiausaha dan turut disertai 20 pegawai serta kakitangan MPK.

Objektif utama lawatan ini ialah untuk mendapatkan informasi lanjut berkaitan Aplikasi myMANJUNG dan Lesen Premis Digital myPATIL yang diguna pakai oleh MPM.

Delegasi MPK turut berkesempatan melihat dengan lebih dekat kaedah pemantauan Lesen Premis Digital myPATIL di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri Manjung.

Diharapkan agar pertemuan ini dapat memberi manfaat dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kedua-dua PBT kepada masyarakat khususnya dalam aspek pelesenan dan penguatkuasaan.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara kedua-dua belah pihak.

Sebelum mengakhiri pertemuan ini, MPK turut mengalu-alukan kunjungan MPM ke Kangar, Perlis. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.