𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
9 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) – Sesi lawatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Melaka ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3.00 petang di Dewan Kaunselor, MPM.
Lawatan yang disertai 17 peserta ini telah diketuai oleh TPr. Saifuddin Abdul Karim, Yang Dipertua MPAG.
MPM amat berbesar hati untuk berkongsi informasi dengan MPAG berkaitan perancangan pembangunan di daerah Manjung, aspek keceriaan dan pengurusan landskap di Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Justeru, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada MPAJ atas lawatan ini. Harapan MPM semoga pertemuan ini akan menguatkan lagi tali persahabatan antara kedua-dua PBT.