LAWATAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
21 SEPTEMBER 2022 (RABU) – Rakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 2.30 petang.
Encik Andri Arif, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Landskap telah mengetuai delegasi ini yang turut dihadiri 8 pegawai dan kakitangan MDBG.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MDBG atas kesudian menjadikan MPM sebagai penanda aras berkaitan aspek pengurusan dan pengendalian kerja di jabatan dan unit MPM. Jabatan dan unit yang dilawati ialah Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Bangunan.
Semoga perkongsian idea ini akan memperkasakan lagi sistem tadbir urus MPM dan MDBG serta mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.