𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐏𝐎𝐇
9 OKTOBER 2023 (ISNIN) – Rakan seperjuangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 9.30 pagi.
Semasa lawatan ini, pihak MBI telah diberi penerangan berkaitan Pembangunan GIS MPM iaitu satu sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang berkaitan dengan data berbentuk peta atau pelan.
Lawatan ini dihadiri seramai 20 kakitangan MBI yang diketuai oleh Puan Jaslina Saidin, Ketua Penolong Pengarah Perancang Bandar (Kawalan Pembangunan) dan Encik Zulkefli Osman, Ketua Penolong Pengarah Perancang Bandar (Rancangan Pemajuan), MBI.
Justeru, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MBI atas lawaan pada hari ini. Semoga lawatan ini mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.