LAWATAN KERJA YANG BERBAHAGIA DATUK AZMAN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP KE MANJUNG DAN PULAU PANGKOR

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup ke Manjung dan Pulau Pangkor telah berlangsung selama 2 hari bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2022.

Dalam sesi tersebut, turut berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan melibatkan 5 agensi utama seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) serta yang berkaitan sektor ekonomi dan perniagaan di Dewan Kejora Beach Resort. Sejumlah 312 pelanggan melibatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan telah direkodkan dalam program tersebut.

Kaunter Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai, Majlis Perbandaran Manjung, juga turut menjadi tumpuan pengunjung dan pelanggan khususnya berkaitan aspek permohonan lesen premis perniagaan dan juga produk-produk pelancongan. Dalam masa yang sama, satu majlis penyerahan permit khas barang kawalan berjadual kepada peniaga dan pengusaha aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor juga telah dilaksnakan oleh pihak KPDN.

Datuk KSU juga turut diberi taklimat berkenaan Pulau Bebas Cukai semasa lawatan tersebut. Pembentangan berkenaan merangkumi peningkatan premis bebas cukai di Pulau Pangkor, peningkatan jumlah premis dalam pelaksanaan ewallet yang telah dilancarkan pada tahun 2022 serta taklimat berkenaan tempat menarik dan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Pulau Pangkor.

Usaha pihak KPDN melancarkan penggunaan e-wallet di kedai bebas cukai Pulau Pangkor telah membuahkan hasil apabila terdapat pertambahan sebanyak 8 buah kedai berbanding 5 buah kedai sejak ia dilancarkan dalam lawatan sebelum ini. Pertambahan tersebut menjadikan keseluruhan sebanyak 13 buah kedai bebas cukai yang menawarkan perkhidmatan e-wallet. YB Datuk Azman Mohd Yusof dilihat teruja dengan pembangunan projek di Pulau Pangkor.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung mengharapkan agar usaha ini akan berterusan dalam usaha memudahkan para pelancong membeli belah sejajar dengan peredaran digital.

LAWATAN KERJA YANG BERBAHAGIA DATUK AZMAN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP KE MANJUNG DAN PULAU PANGKOR
LAWATAN KERJA YANG BERBAHAGIA DATUK AZMAN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP KE MANJUNG DAN PULAU PANGKOR