LAWATAN KERJA KE KAMPUNGSTAY@TELUK BUIH, MERSING JOHOR
Mesmerising Mersing
“Green&sustainable tourism”
Pada 28 November 2023 telah berlangsung Lawatan kerja ke Kampungstay@Teluk Buih, Mersing Johor. Lawatan kerja tersebut bertujuan sebagai lawatan penanda aras bagi Projek di bawah peruntukan UNDP dan Projek Pengurusan Chalet di bawah pengurusan pihak Majlis Daerah Mersing supaya dapat menambah satu tarikan baru bagi produk pelancongan di daerah Manjung. Lawatan Kerja ini adalah salah satu usaha bagi membawa pulang idea dan cadangan baru yang menyumbang kepada pembangunan kawasan pelancongan di dalam daerah Manjung. Pemilihan lokasi lawatan kerja ini adalah kerana kawasan berkenaan dijadikan sebagai inspirasi kepada Majlis Perbandaran Manjung dalam cadangan menarik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke daerah Manjung.
Tuan Mohd Norman bin Haji Noh, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing (MDM) dengan sukacitanya menerima kunjungan hormat daripada Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 10.30 pagi di Majlis Daerah Mersing. Pertemuan ini membincangkan tentang lawatan penanda aras bagi Projek di bawah peruntukan UNDP dan Projek Pengurusan Chalet di bawah pengurusan pihak Majlis Daerah Mersing.
Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat dan kebaikan dalam memakmurkan lagi kawasan pelancongan daerah Manjung.