LAWATAN KE PETRONAS DAGANGAN BERHAD TERMINAL MINYAK LUMUT

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓

5 APRIL 2023 (RABU) – Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan ke Petronas Dagangan Berhad di Terminal Minyak Kampung Acheh, Lumut.

Semasa lawatan ini, MPM telah diberi penerangan berkaitan offsite preparation yang diguna pakai oleh Petronas dan aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan besar berlaku. Taklimat telah disampaikan oleh M Haffiq Hassan, Penguasa Terminal dan Encik Norazizul Zulkefly, Eksekutif, HSE Operation, Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Petronas. Ini adalah satu tindakan dalam Pematuhan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dalam perindustrian) 1996.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Amir Hakim Mohd Salleh, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPM dan diiringi oleh Encik Mohamad Syafiq Shafiei, Pegawai Kesihatan Persekitaran MPM dan pegawai-pegawai lain.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Petronas Dagang Berhad diatas kesudian menjemput MPM. Semoga ada rezeki kita berjumpa lagi! Insyaallah.

LAWATAN KE PETRONAS DAGANGAN BERHAD TERMINAL MINYAK LUMUT
LAWATAN KE PETRONAS DAGANGAN BERHAD TERMINAL MINYAK LUMUT
LAWATAN KE PETRONAS DAGANGAN BERHAD TERMINAL MINYAK LUMUT