𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐀
8 DISEMBER 2022 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama para pelajar Universiti Malaya (UM) telah mengadakan lawatan Kajian Kes Pembangunan Pulau Pangkor pada jam 10.00 pagi.
Jabatan-jabatan MPM yang terlibat dalam lawatan ke Pulau Pangkor ini ialah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai.
Seramai 47 pelajar tahun ketiga Jabatan Ukur dan Bahan, Fakulti Alam Bina telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh YBrs. Dr. Umi Kalsum Zolkafli @ Zulkifly, Pensyarah UM.
Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pembangunan Pulau Pangkor daripada segi perancangan, pembangunan dan aktiviti komersial yang akan mendatangkan hasil kepada penduduk pulau tersebut.
Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah pembinaan dan kaedah pelaksanaannya. Selain itu, para pelajar telah memberi cadangan dan menghasilkan ‘development cost’ serta senarai kuantiti bagi pembangunan infrastruktur di Pulau Pangkor.