LAWATAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERJAAN TEMPATAN

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍

28 DISEMBER 2022 (RABU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan berbesar hati dan sukacitanya menerima lawatan dari Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini, jam 11.30 pagi.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan lanjut mengenai Lesen Premis Digital myPATIL. Semasa lawatan ini, pihak KPKT telah diberi penerangan berkaitan kaedah pelaksanaan dan penggunaan lesen ini yang telah menjadi penanda aras yang akan diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak mulai bulan Januari 2023. Selain itu, pihak KPKT juga berkesempatan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan yang dipasang peranti pintar myPATIL di Pusat Perniagaan Manjung Point Seksyen 3, Seri Manjung.

Lawatan ini dihadiri oleh 7 peserta yang diketuai oleh Encik Syahrul Nizam Saleh, Pengarah Bahagian Pembangunan, JKT, KPKT. Turut hadir ialah Puan Shanmuga Sundary Muniandy, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Justeru, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KPKT atas lawatan ini. Diharapkan agar pertemuan ini akan memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak.