LAUT SEOLAH-OLAH TERBELAH DI PULAU GIAM, PANGKOR

Hanya pada bulan Februari semua pelancong dan penduduk Pulau Pankor boleh merasai pengalaman yang berharga dan unik untuk dinikmati bersama yang tersayang iaitu fenomena air surut habis yang berlaku pada setiap tahun di Pulau Pangkor yang membolehkan orang ramai menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah hanya dengan berjalan kaki.

Jarak dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam kira-kira 400 meter dan mengambil masa 10 hingga 15 minit berjalan kaki. Tetapi tidak semua hari akan surut sepenuhnya, hanya sehari saja yang surut habis. Pagi air surut paras buku lali dan mengikut jadual air pasang surut. Fenomena ini juga memberi kesempatan kepada penduduk mencari gamat dan pelancong untuk melihat batu karang yang terdapat di sepanjang laluan semasa menyeberang.

Sehubungan dengan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor menggesa orang ramai yang ingin melaksanakan aktiviti tersebut mengambil tindakan-tindakan seperti berikut;

  1. Melihat kepada laporan air pasang surut ketika berada di lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menjauhi kawasan yang berpotensi ditenggelami air ketika air laut mulai pasang.
  2. Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kecil ketika beriadah di tepi pantai.
  3. Memakai life jacket ketika menaiki kenderaan marin.

#pulaupangkorbebascukai
#jomtravel
#TravelPerakLah
#bandarpelancongandanmaritim
#JomMelawatManjung2022
#planforyoursafety

Sumber: Harian Metro, Viral Perak