KUTIP HASIL “SAMPAH” INISIATIF PERSATUAN PUSPANITA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) IPOH SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2024

KUTIP HASIL “SAMPAH” INISIATIF PERSATUAN PUSPANITA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) IPOH SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2024

16 Januari 2024 (Selasa) – Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kehadiran 38 orang Ahli-ahli PUSPANITA Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lokaliti Ipoh dalam program pemuliharaan dan pemeliharaan pantai awam.

“Hari ini kita bertugas seperti biasa tetapi diluar pejabat, bukan mengutip hasil kewangan tetapi kita kutip hasil “sampah”. Begitulah ucaptama penuh semangat daripada Puan Siti Sara Marzuki, Timbalan Pengerusi PUSPANITA @ SRIKANDI PERAK, LHDN Perak.

Ucapan tersebut dilihat mampu membakar semangat peserta yang membawa pulang hasil kutipan sampah sebanyak 132 kg dalam masa dua jam sahaja walaupun program ‘plogging’ ini dilakukan pada hari bekerja biasa dan bukannya di hujung minggu seperti kebiasaannya.

Objektif tanggungjawab sosial korporat jabatan LHDN melalui PUSPANITA ini dilaksanakan bagi membantu menceriakan kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024 di daerah Manjung ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada PUSPANITA @ SRIKANDI LHDN Perak atas ke prihatinan dan menghargai keindahan alam semujadi pantai awam di daerah Manjung.

“…jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..”