KURSUS LATIHAN AMAL KEBUN KOMUNITI BANDAR (KKB) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DENGAN KERJASAMA VALE MALAYSIA MINERAL SDN. BHD
14 Disember 2024 (Sabtu) – Kursus Latihan Amal kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Kebun Komuniti Bandar (KKB) Majlis Perbandaran Manjung – Vale Malaysia Mineral Sdn. Bhd telah diadakan di perkarangan Surau An-Nur, Fasa 1D, Seri Manjung.
Kursus latihan amal berkaitan tanah, nutrien, penyakit, data dan sebagainya telah mendapat sentuhan daripada pihak konsultan yang dilantik oleh pihak Vale Malaysia Mineral Sdn.Bhd.
Kursus yang diadakan adalah lanjutan daripada sesi lawatan tapak ke semua Kebun Komuniti Bandar Majlis Perbandaran Manjung yang telah diadakan sebulan yang lalu untuk mengetahui perkembangan prestasi dengan pengumpulan data berkaitan cabaran yang dihadapi.
Sehingga kini terdapat enam (6) KKB di daerah Manjung yang bergerak aktif dibawah Projek MoU Vale Malaysia Mineral Sdn. Bhd bersama Majlis Perbandaran Manjung yang dimenterai pada 10 November 2023 selama 3 tahun sehingga November 2025 iaitu KKB Kg. Datuk Seri Kamaruddin, KKB Bandar Baru Setia Awan Perdana, KKB Taman Samudera, KKB Fasa 1D, KKB Fasa 2A dan KKB Fasa 2i.
Objektif program adalah bagi meningkat pengetahuan, kemahiran dan pemahaman peserta tentang amalan pertanian lestari demi kelangsungan KKB tersebut terus berjaya, mencapai sasaran dan menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti setempat.