KUNJUNGAN KELAB MOTOSIKAL MAJLIS DAERAH BALING KE DAERAH MANJUNG

27 Januari 2022 – Kelab Motosikal Majlis Daerah Baling (MDB) yang disertai 28 penunggang motosikal berkuasa tinggi telah mengadakan kunjungan ke Kompleks Pengurusan Pelancongan Peranginan Teluk Batik, Lumut.

Semasa kunjungan ini, MDB telah mempromosikan destinasi pelancongan popular yang terdapat di daerah Baling seperti Gua Sireh, Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Baling Hotspring, Gunung Inas dan lain-lain lagi. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara MDB dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Faizal Mohd Razali, Penolong Jurutera, Jabatan Kejuruteraan MDB.

MPM merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Motosikal MDB kerana telah memilih Pantai Teluk Batik sebagai lokasi kunjungan yang sekaligus dapat mempromosikan lokasi pelancongan tersebut.