KUNJUNGAN HORMAT UNIT PENGURUSAN PULAU BEBAS CUKAI KEPADA PIHAK JABATAN LAUT

Satu sesi kunjung hormat kepada pihak Jabatan Laut Malaysia, Negeri Perak telah diadakan di pejabat Jabatan Laut Manjung pada Jumaat, 2 Jun 2023.

Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Pengarah, Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC), Majlis Pebandaran Manjung iaitu Puan Nadiah binti Mohd Saruan bersama delegasi daripada UPPBC dan disambut baik oleh wakil daripada pihak Jabatan Laut yang diketuai oleh Puan Rina Maslina Baharudin, Ketua Pejabat Laut Negeri Perak.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah sebagai sesi pengenalan bersama pihak Jabatan Laut dan juga bagi membincangkan kerjasama di antara dua agensi dalam usaha memastikan pembangunan pelancongan Pulau Pangkor dapat berkembang maju dari segi pengurusan dan juga pentadbiran.

Sehubungan itu, pentadbiran ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Laut di atas kesudian meluangkan masa bagi sesi kunjungan hormat kali ini.

Pentadbiran ini berharap agar hubungan baik dan kerjasama diantara dua agensi ini akan dapat diteruskan dan menjadi salah satu kejayaan kepada pembangunan Pulau Pangkor.