KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD IPOH KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Pada hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ipoh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 11.00 pagi.
Kunjungan ini disertai oleh Encik Mohd Hafieez Shafee, Specialist State Government and Customer Acquisition Perak, Puan Rosni Ahmad, Customer Care Manager Manjung, Puan Kausalia Dewi Tirisamy, Public Relations Officer (State Retail Stakeholders Management Perak) dan Puan Noorhamizan Mohd Kamil, Public Relations Officer (State Retail Stakeholders Management Perak).
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.