KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA KE MAJLIS PERBADANAN MANJUNG

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 10.30 pagi ini.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk berbincang dan berkongsi idea bagi merancakkan lagi hubungan kerjasama strategik di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan MPM.

Kunjungan ini diketuai oleh Leftenan Azri Baharum TLDM (Bersara), Pengurus Negeri Perak, Leftenan Nabil Othman TLDM (Bersara) selaku Sekretariat PRUV ATM PERHEBAT dan Puan Nor Azlina Endut, Sekretariat PRUV ATM PERHEBAT.