KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI TADBIR AGAMA DAERAH MANJUNG
20 OGOS 2024 (SELASA) – Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Khairul Nizam Mat Nor, Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung pada jam 3.30 petang, hari ini.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang berkepentingan bagi kedua-dua pihak. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara MPM dan Pejabat Agama Daerah Manjung yang diharapkan dapat membawa manfaat bersama serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek.