Kunjungan hormat Encik Badrul Hisyam Ibrahim, Pengurus Besar Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd (KPJ Healthcare Berhad Group) ke pejabat Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada pagi ini (15 Januari 2021) jam 10 pagi.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi berbincang dan berkongsi maklumat berkenaan sebuah bangunan baru KPJ yang akan mula beroperasi tidak lama lagi. Bangunan baharu ini akan menempatkan bilik rawatan ICU, Fisioterapi, Klinik Pesakit Luar, Farmasi dan bilik perkhidmatan MRI dan Mamogram selain akan menempatkan 30 lagi katil pesakit. Kunjungan hormat ini juga bagi menjalinkan hubungan kerjasama strategik di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan. Selain itu perbincangan turut diadakan bagi membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan penularan wabak Covid-19 serta langkah yang boleh diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi membantu membendung penularan wabak ini.
Pihak MPM turut menerima 2 kotak pelitup muka sumbangan dari Seri Manjung Specialist Centre (KPJ) untuk kegunaan kakitangan Majlis Perbandaran Manjung yang turut terdedah kepada wabak Covid-19 ketika menjalankan tugas. Terima kasih diatas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.