KUNJUNGAN HORMAT CREDIT GUARANTEE CORPORATION KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
13 Januari 2022 – Credit Guarantee Corporation (CGC) Malaysia Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 2.30 petang.
Kunjungan ini disertai oleh Puan Punitha Jeyabalan, Branch Manager, Encik Khusairi Hj. Abu Kassim, Assistant Branch Manager dan Puan Lizawati Mohamed Sulaiman, Senior Executive.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama berkenaan skim khas yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu Tabung Projek Usahawan Bumiputera-Islamik (TPUB-i).