KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2023
Pada ketika ini sedang berlangsung Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Tahun 2023 yang bertempat di Ipoh Convention Centre selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Mac 2023. Semalam, Majlis Perbandaran Manjung telah diberi peluang untuk membuat pembentangan di pentas konvensyen PBT dihadapan hampir 155 Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia dan Ybhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan.
Peluang yang ada ini telah dimanfaatkan oleh MPM yg diketuai oleh Tuan Syamsul Hazeman Md. Salleh, Yang Dipertua MPM untuk menyampaikan pembentangan dengan membawa tajuk myPATIL. Keterujaan PBT yang lain dapat dirasakan apabila booth Majlis Perbandaran Manjung turut menjadi tumpuan peserta yang hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kaedah pelesenan digital yang telah diguna pakai oleh MPM ini.
MPM melihat konvensyen PBT ini adalah satu platform utk MPM memperkenalkan penggunaan kaedah myPAtil yang mungkin dapat memberi manfaat kepada PBT yang lain juga. Terima kasih kepada Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT dan Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Perak kerana sentiasa memberi sokongan yang penuh kepada pembangunan myPATIL dan MPM khususnya.