KOLOKIUM KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (KKT PERAK) 2023

𝐊𝐎𝐋𝐎𝐊𝐈𝐔𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 (𝐊𝐊𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟑

21 MAC 2023 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hadir menjayakan Kolokium Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan (KKT Perak) 2023 di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada jam 8.00 pagi.

Kolokium hari ini begitu istimewa kerana ia turut menghimpunkan YB Ahli-ahli Dewan Negeri dan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak yakni dua entiti yang sangat penting kerana begitu dekat dengan rakyat.

Semasa program ini, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan PBT:myPATIL dimana MPM merupakan PBT pertama di Malaysia yang menggunakan lesen premis digital bagi menggantikan lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen sedia ada di semua premis perniagaan di daerah Manjung. MPM turut membuka booth pameran dan kaunter aduan sepanjang program tersebut.

MPM amat berbesar hati apabila Lesen Premis Digital myPATIL ini akan diguna pakai oleh kesemua 15 PBT Negeri Perak mulai tahun ini. Setelah 2 tahun pelaksanaannya berjaya membuktikan keberkesanan perkhidmatan teknologi, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju melaburkan lebih RM2 juta sebagai sokongan kepada PBT-PBT Perak melaksanakan myPATIL.

Dalam ucapan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak menekankan pentingnya untuk kita beradaptasi dengan persekitaran semasa dan jangan sesekali kita mengasingkan diri daripada bercakap soal Revolusi Industri 4.0 kerana dunia sedang dipandu oleh teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat.

Pada kesempatan ini juga, MPM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak atas pemberian insentif Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB – PBT) Tahun 2022 bernilai RM2000 atas kejayaan MPM memperoleh PBT terbaik kategori Majlis Perbandaran dalam SPB – PBT tahun lalu.

Turut hadir ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan-kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, YBhg. Dato’ Rumaizi Bahrin, Datuk Bandar Ipoh serta Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Daerah Negeri Perak.

KOLOKIUM KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (KKT PERAK) 2023
KOLOKIUM KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (KKT PERAK) 2023
KOLOKIUM KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (KKT PERAK) 2023