KEMPEN CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2022 BAGI PEMBAYARAN MELALUI MYMANJUNG

KEMPEN CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2022 BAGI PEMBAYARAN MELALUI MYMANJUNG

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan melaksanakan Kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2022. Kempen ini melibatkan dua cabutan iaitu:

  1. Cabutan 1 – Bermula dari 1 November hingga 31 Disember 2021
  2. Cabutan 2 – Bermula dari 1 Januari hingga 28 Februari 2022

Syarat-syarat kelayakan penyertaan ialah:

  1. Pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi myMANJUNG sahaja
  2. Menjelaskan cukai taksiran berserta tunggakan

Promosi istimewa ini adalah sebagai inisiatif dan galakan kepada pemilik-pemilik harta di kawasan perbandaran Manjung supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dengan kadar segera dan memperluaskan penggunaan aplikasi myMANJUNG dalam kalangan masyarakat.