KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023

KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023

31 OGOS 2023 (KHAMIS) – Program Karnival Semarak Merdeka 66 Tahun Manjung 2023 telah diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2023 bertempat di Dataran Dewan Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK), Seri Manjung. Program ini dianjurkan oleh KRT Kampung Dato’ Seri Kamaruddin dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung, agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Pelbagai program diadakan seperti Run 5km dan Ride 25km yang diadakan bermula jam 8.00 pagi tadi disusuli dengan Senamrobik dan Fit Challenge, pertandingan Master Chef, Cabaran Teh Tarik, pameran dan jualan serta sebagainya. MPM juga tidak ketinggalan membuka kaunter bergerak dengan menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta sebanyak 70% kepada orang awam.

Kehadiran orang awam ke program ini juga sangat memberangsangkan dan tidak ketinggalan mereka turut menyertai pelbagai program tanpa mengira usia.

Penganjuran program ini dapat dilihat untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam bermasyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Tak kenal maka tak cinta , perumpamaan yang bermaksud jika kita tidak mengenali ahli masyarakat seperti jiran tertangga dan sahabat handai, bagaimana hendaknya kita mengenali mereka sebagai ahli masyakarat. Lebih-lebih lagi dalam era masyarakat sibuk bekerja dari awal pagi sehingga ada kalanya pulang pada waktu malam, maka tiada masa diluangkan bersama ahli masyarakat.

Pada 19 Januari 2023 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa salah satu daripada 8 keperluan dalam konsep Malaysia Madani yang disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras adalah kemasyaraktan diikuti ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar.

Diharapkan dengan program sedemikian diadakan maka ukhwah antara ahli masyarakat dapat dipertingkatkan.

KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023
KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023
KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023
KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 66 TAHUN MANJUNG 2023