KARNIVAL KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR ANJURAN TLDM DAN 96 HOSPITAL ANGKATAN TENTERA

Tarikh:15 Okt 2022(Sabtu)

Masa: 8.00am-2.30pm

Tempat: Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Pangkor

Karnival ini dirasmikan oleh Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir selaku Adun Pangkor. Turut hadir dif kehormat Toh Sri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari selaku Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung, Laksamana Muda Dato’ Anuar bin Mohamed selaku Panglima Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Pertama Noor Zukhi bin Haji Harun selaku Komander Pangkalan TLDM Lumut merangkap Ahli Majlis Zon 2 (Pengkalan TLDM), Bridgedier Jeneral Dato’ Dr. Rushdi bin Abdullah selaku Pegawai Memerintah 96 Hospital Angkatan Tentera Malaysia wakil Pegawai Daerah Mohd Faizal bin Md Kassim sekaku Ketua Penolong PDT Manjung, wakil Yang Dipertua MPM Tuan Haji Asmadi bin Teh selaku Ahli Majlis Zon 1, Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd selaku Ahli Majlis Zon 7 dan turut hadir Tuan Faizal bin Ahmad Kasim selaku Penghulu Mukim Pangkor.