Berikutan masalah gangguan monyet yang berlaku di Pantai Teluk Batik, Lumut, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengambil inisiatif menghasilkan kandang perangkap monyet di lokasi tersebut.
Kandang perangkap monyet ini dihasilkan oleh Unit Landskap dengan hanya mengambil masa selama 5 jam. Monyet-monyet yang terperangkap seterusnya akan dilepaskan di habitat yang sesuai.
“KAMI DENGAR, KAMI FIKIR, KAMI LAKSANA”
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG