Mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP). Oleh itu, pergerakan rentas negeri, aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pelancongan dalam negeri turut telah diberikan kebenaran. Malaysia telah berjaya melalui fasa yang mencabar lagi sukar sejak tiga (3) bulan lalu.

Jadi, inilah masanya untuk menghargai dan menyokong industri pelancongan tempatan dan tingkatkan semula ekonomi negara. Rancanglah masa dan bercuti dalam negara.

JOM BERCUTI KE PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI

Pulau Pangkor adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di Negeri Perak. Tambahan pula, bermula 1 Januari 2020 yang lalu pulau tersebut telah diiktiraf sebagai Pulau Bebas Cukai.

Pulau Pangkor adalah destinasi yang perfect untuk bawa keluarga anda bercuti. Pantai yang cantik, pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati, makanan yang sedap dan yang paling best boleh shopping pelbagai barangan bebas cukai disana. Jom ramai-ramai kita ke Pulau Pangkor.

Jom #bercuti bersama keluarga tercinta namun tetap patuh kepada Prosedur Operasi Standard #COVID19.

Sokong industri #pelancongan tempatan dan tingkatkan ekonomi.

Bahagian Pelancongan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung

#Mohkepangkor #KekalSihat #KitaJagaKita #penjarakansosial #normalbaharu #DisiplinDiri