INFO PELANCONGAN
Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.
Untuk makluman warga daerah Manjung dan negeri Perak, Pusat Ekopelancongan Paya Bakau Bandar Lumut telah dibuka semula kepada orang awam selepas renovasi pada 1 Disember 2021 (Rabu).
Antara tarikan terbaru yang menarik ialah Jambatan Gantung sepanjang 50 meter yang boleh dicuba. Selain itu, terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di Paya Bakau Bandar Lumut yang boleh dilihat dan dipelajari.
Jom beramai-ramai kita kunjungi dan nikmati keindahan alam semulajadi yang wujud di tengah-tengah bandar kita.
Namun perlulah sentiasa menjaga SOP dengan memakai pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang masih aktif dalam persekitaran kita.