𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐌𝐀𝐓𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
11 APRIL 2023 (SELASA) – Program Perbincangan Kumpulan Sasar (FGD) telah diadakan di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 9.00 pagi.
Program ini merupakan kerjasama antara MPM dengan Urbanice Malaysia bagi menyediakan laporan hala tuju matlamat pembangunan mampan atau lebih dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap.
Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM telah merasmikan program ini yang turut dihadiri oleh Dr. Azmizam Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, Ahli-ahli Majlis MPM, agensi-agensi kerajaan, barisan Pengarah Kanan dan Pengarah MPM, Persatuan NGO, Jawatankuasa Penduduk Zon 4 dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Zon 1.
FGD ini bertujuan membincangkan maklumat yang dapat diketengahkan oleh agensi kerajaan dan swasta serta menilai kekuatan dan kelebihan daerah Manjung bagi menyediakan laporan hala tuju matlamat pembangunan mampan yang bukan sahaja akan memberi banyak manfaat kepada komuniti daerah Manjung tetapi juga untuk generasi yang akan datang. MPM mempunyai hasrat yang besar agar pembangunan mampan di daerah ini dapat direalisasikan.
Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Urbanice Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam kerjasama ini. Semoga aspirasi kita untuk menjadikan Manjung sebuah bandar mampan akan tercapai. Insya-Allah.