CUKAI TAKSIRAN MENGIKUT AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
Cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan atau harta tanah yang terletak di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bayaran cukai ini tertakluk kepada kawasan yang merangkumi Daerah, Perbandaran dan Bandaraya.
Cukai ini dikuatkuasakan melalui peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Sumber : Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan