PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEHINGGA 14 APRIL 2020

Dimaklumkan bahawa penutupan operasi pejabat pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 selaras dengan arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, urusan pembayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun serta pembaharuan lesen perniagaan boleh dilakukan menerusi perbankan internet (online banking), sistem e-Bayaran MPM (www.mpm.gov.my) dan melalui portal rasmi ePBT Online (https://pbtpay.kpkt.gov.my).

Manakala aduan awam boleh dikemukakan melalui saluran hotline (05-6898833), e-mel ([email protected]) dan WhatsApp Online Majlis Perbandaran Manjung (019-3035800).

Perhatian dan kerjasama para pelanggan dalam perkara ini amat dihargai dan sebarang informasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.