BINAAN STRUKTUR DI ATAS RIZAB KAWASAN LAPANG, JALAN DAN PERPARITAN DI SEKELILING PADANG KAWASAN PERUMAHAN

TAHUKAH ANDA?

  • Binaan struktur tanpa kelulusan di atas rizab kawasan lapang, jalan dan perparitan di sekeliling padang kawasan perumahan adalah satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan tidak boleh diluluskan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

IMPLIKASI BINAAN STRUKTUR TANPA KELULUSAN

  • Menyebabkan pelbagai kacau ganggu dan persekitaran tidak kondusif
  • Menyukarkan orang awam untuk beriadah kerana rizab kawasan lapang semakin berkurangan
  • Menyebabkan pertambahan binaan oleh penduduk lain di sekeliling padang
  • Menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan padang
  • Menyebabkan aduan awam

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL

  • Boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Sekysen 70 (13) (C) kerana mendirikan sesuatu bangunan bersalahan dengan akta ini atau dengan mana-mana daripada undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya serta boleh dikenakan kompaun sehingga RM5000.

Patuhi Undang-undang Untuk Kesejahteraan Bersama.

📄 NOTIS PEMAKLUMAN BINAAN STRUKTUR DI ATAS RIZAB KAWASAN LAPANG, JALAN DAN PERPARITAN DI SEKELILING PADANG KAWASAN PERUMAHAN