“BERBAKTI KEPADA TANAH UNTUK ALAM SEKITAR” – KEBUN KOMUNITI BANDAR (KKB) KRT SERI MANJUNG II MENARIK MINAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM), PEJABAT PERPADUAN DAERAH MANJUNG DAN VALE MINERALS (M) SDN.BHD
12 September 2023 (Selasa) – Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) dipraktikkan dengan jayanya oleh ahli-ahli Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Seri Manjung II di kawasan lapang Kampung Acheh, Pelabuhan Lumut, Lumut.
Dasar kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang cuba mengoptimumkan penggunaan tanah serta ruang dan menggalakkan komuniti melakukan aktiviti perkebunan sebagai langkah memperkasakan komuniti bandar dengan membangunkan kebun secara tersusun, sistematik, organik dan mampan di kawasan bandar.
Hari ini telah dilangsungkan Program Menuai Hasil terus dari kebun. Tanaman yang ditanam ialah sayuran jenis terung. Sebanyak 300kg hasil dapat dipungut daripada keluasan 1 ekar tanah. Terung yang ditanam mulai pada Januari telah membuahkan hasil pada musim penuaian pertama pada April, 2023 dan hari ini penuaian hasil kali ke dua telah disertai oleh Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Perpaduan Daerah Manjung dan Vale Minerals (M) Sdn. Bhd.
Ketika ini terdapat lebih daripada 10 Kebun Komuniti Bandar (KKB) di kawasan Majlis Perbandaran Manjung dengan pelbagai jenis tanaman sayuran diusahakan dan semakin banyak permintaan diterima oleh Jabatan Perancang Bandar (JPB), Majlis Perbandaran Manjung daripada pihak komuniti perbandaran.
Kepada pihak jawatankuasa komuniti yang berminat untuk mengusahakan kebun komuniti bandar di kawasan perbandaran boleh berhubung terus dengan Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Manjung.