BENGKEL PASCA AUDIT PENSIJILAN ISMS
Pada hari ini, jam 9.30 pagi, telah berlangsung Bengkel Pasca Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS – ISO/IEC 27001:2013) bertempat di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Bengkel ini disertai oleh barisan Pegawai Aduan, Pegawai Penyiasat dan Pembantu Tadbir Aduan Jabatan/Unit MPM.
Turut hadir ialah Tuan Syamsul Md Salleh, Yang Dipertua, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Puan Noorhayati Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Fatimah Nor Abd Rahim, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPM.
Pengauditan oleh SIRIM bagi Peringkat 1 (Audit Dokumen) telah berlangsung pada 25 dan 26 Oktober 2021. Manakala pengauditan Peringkat 2 (Audit Proses) telah diadakan dari 15 hingga 17 November 2021.
MPM telah menerima Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Bagi Pengurusan Aduan Awam Menggunakan Sistem ePBT pada 1 Disember 2021.