𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐎 𝟒𝟓𝟎𝟎𝟏 : 𝟐𝟎𝟏𝟖 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
15 DISEMBER 2022 (KHAMIS) – Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001 : 2018 Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung selama 2 hari bermula semalam.
Pengauditan diketuai oleh Encik Ahmad Shafiq Mohamad, Ketua Juruaudit National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification, Encik Nuur Irsyad Shafiq Che Mat serta Encik Khairul Faris Syamsurial selaku juruaudit NIOSH Certification.
Semakan dokumentasi dan lawatan ke lapangan telah dijalankan bagi melihat dan memastikan setiap arahan kerja yang ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh warga kerja MPM.
Hasil komitmen semua anggota yang terlibat, MPM telah berjaya memperbaharui pensijilan ISO 45001 : 2018. Justeru, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), jabatan/unit dan seluruh warga kerja yang telah memberikan sumbangan kepada kejayaan ini.