ARAHAN PENUTUPAN PREMIS PERNIAGAAN KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Merujuk kepada penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di Malaysia dan selaras dengan arahan dan PELAKSANAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN yang ditetapkan melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai COVID-19, di bawah AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 bermula 18 MAC 2020 sehingga 31 MAC 2020 dalam membendung penularan wabak ini.
Sehubungan itu, Pihak Majlis mengarahkan semua pemilik premis MENUTUP operasi perniagaan dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan selari dengan Perutusan Khas tersebut merangkumi:
PENJAJA, PASAR MALAM, PASAR PAGI/TANI/HARI, GERAI TEPI JALAN, WARUNG, RESTORAN, BENGKEL, KEDAI GUNTING, KELAB GOLF, BAR, PUB, KELAB SOSIAL, KELAB MALAM, RUMAH URUT, KEDAI GAJET & TELEKOMUNIKASI, KEDAI HARDWARE, KEDAI BAJA, KEDAI RACUN, KEDAI BAJU, KEDAI BEG TANGAN, KEDAI EMAS, KEDAI KASUT, PUSAT REFLEKSOLOGI, KEDAI NOMBOR EKOR, SPA, GIMNASIUM, PEJABAT URUSAN (SWASTA)
serta semua jenis premis perniagaan yang tidak termasuk di kategori yang dibenarkan untuk beroperasi seperti yang dinyatakan melalui Perutusan Khas.
Pertanyaan Lanjut :
PUSAT PENGURUSAN OPERASI NEGARA (PPON) 03-88882010
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
17 MAC 2020